IPaQ adalah sebuah yayasan yang bermatlamat untuk membangun dan mengembangkan ilimu al-Quran. IPaQ telah diperbadankan dibawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan), 1952 (Akta 258), Jabatan Perdana Menteri, sebagai satu badan bukan kerajaan (NGO), pada 13hb Mei 2013 . IPaQ merupakan badan bukan komersial yang bertindak sebagai satu usaha ibadah untuk memartabatkan al-Quran dan buta huruf al-Quran.
IPaQ bukan sekadar hanya bertindak untuk melaksanakan program-program membolehkan pembacaan al-Quran tetapi ia meliputi lima tahap: Pembelajaran, Pengajian, Pemahaman, Penghayatan dan Pengaplikasian ilmu al-Quran. Dalam hal ini, IPaQ berperanan membangun dan melaksanakan pelbagai program yang dinilai sesuai dan berkesan untuk mencapai matlamat bagi menjadikan ilmu al-Quran sebagai panduan hidup di dunia dan bekalan di akhirat.
IPaQ menawarkan program pembacaan al-Quran daripada dataran sifar. Anda boleh layari program yang ditawarkan pada menu perkhidmatan di laman utama.
Program IPaQ terbuka kepada semua peringkat umur yang berminat untuk belajar ilmu al-Quran dan juga kepada individu yang ingin mengajar al-Quran.
Boleh lawati website IPaQ atau ke laman sosial Facebook IPaQ di link //www.facebook.com/Institut-Pengajian-al-Quran-202401803303599/. Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi ke pejabat IPaQ di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya atau hubungi di talian 03-7932 5165
Boleh mendaftar dengan menghubungi di talian 03-7932 5165
Anda boleh merujuk di laman rasmi IPaQ.
Sumbangan, infak dan sedekah dialu alukan untuk membantu pelaksaan program-program pembangunan dan pengembangan ilmu al-Quran. Semua sumbangan boleh mendapat faedah pengeculian cukai LHDN:
( LHDN.01/35/42/51/179-6.7930 ). Sumbangan boleh disalurkan terus melalui Bank Islam (No : Akaun 12047010052837)
IPaQ berpangkalan di Petaling Jaya. Insha Allah IPaQ akan berkembang ke seluruh Malaysia. Buat masa ini, program IPaQ diadakan di negeri-negeri berdasarkan permintaan orang ramai.
Bahasa ibunda, Bahasa Malaysia. Kami juga mempunyai tenaga kerja yang mampu berbahasa Arab dan Mandarin.
Anda boleh menghubungi pegawai IPaQ di talian 03-7932 5165