Program dan Perkhidmatan

PROGRAM PEMBELAJARAN AL-QURAN KAEDAH ABAHATA.

Ini adalah program pertama IPaQ yang telah terbukti keberkesanannya membolehkan seseorang yang buta huruf al-Qur’an membaca, dengan asas tajwid dan menulis resm al-Qur’an dengan fungsi baris dalam tempuh 20-30 jam. Kaedah ini telah diasaskan oleh Drs Hj Yusof Sodik dari Bandung Indonesia.

IPaQ melaksana dua program Kaedah Abahata

Baca-Tulis-Qur’an (BTQ)

Untuk mereka yang mahu belajar membaca dan menulis.

Latihan-Tenaga Pengajar (LTP )

iaitu program Training of Trainers (ToT) selama dua hari melatih bakal-bakal pengajar Kaedah Abahata.

Program Yang Ditawarkan di Institut Pengajian al-Quran (IPaQ)

 

IPaQ telah dipertanggungjawabkan untuk memikir, mengikhtiar dan merangka rencana-rencana dan program-program dalam usaha membangunkan ilmu al-Quran dalam kalangan ummah. Sehubungan dengan itu, IPaQ berusaha menjalankan pengajian ilmu al-Quran yang meliputi program-program daripada pembelajaran hinggalah kepada pembacaan dan pemahaman al-Quran.

 

Antara program-program yang ditawarkan oleh IPaQ adalah Program Abahata, Kursus Pengajian al-Quran cara Pantas (KPQP), Program Tarannum, Program Tadabbur, Program Tahsin, Program Terjemahan al-Quran, Program Hukum-hukum Tajwid dan Program Surah al-Fatihah.  

KURSUS PEMBELAJARAN Al-QUR’AN PANTAS BERSIJIL (KPQP)

Program pertama dilaksanakan dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM).

BARU

PEMBELAJARAN HUKUM-HUKUM TAJWID

KAEDAH TAUFIQI

PEMBELAJARAN TERJEMAHAN AL-QUR’AN

KAEDAH SICEKAP (Sistematik- Cepat-Kerap)

PROGRAM SURAH AL-FATIHAH

Merupakan program yang dikendalikan oleh Mursyid IPaQ, Ustaz Wan Ainuddin Hilmi Abdullah.

PROGRAM TAHSIN

Merupakan program yang membantu mereka yang mahu memperbaiki bacaan al-Quran dengan betul dari sudut sebutan,makhraj dan tajwid di bawah bimbingan guru.

PROGRAM KELAS TARANNUM

Program ini ditawarkan kepada mereka yang berminat untuk mendalami ilmu bacaan-bacaan taranum dan memperindahkan bacaan dari aspek nada, rentak dan irama tertentu.

PROGRAM TADABBUR AL-QURAN

Program ini memokus kepada pemahaman makna-makna dan pengajaran dalam ayat al-Quran dengan menghayati dan memahami maksud al-Quran dengan lebih mendalam.

PEMBELAJARAN  HUKUM-HUKUM TAJWID : KAEDAH TAUFIQI

IPaQ juga mempunyai satu lagi kaedah pembelajaran al-Qur’an, yang diasaskan oleh Kiai Mohamad Faris dari Nurul Mustofa Ciracas Indonesia, yang dijuruskan kepada  mereka yang sudah boleh membaca al-quran di peringkat asas, tetapi kini mahu pula  memperkukuhkan atau memperkemaskan bacaan al-Quran dengan pemahaman dan penggunaan hukum tajwid

Kaedah ini, atas nama Taufiqi, membolehkan seseorang itu mengenali hukum-hukum tajwid, dan justeru membaca ayat al-quran itu dengan baik mengikut hukum-hukum tajwid yang telah ditetapkan.

Pedagogi pembelajaran Kaedah ini adalah berteraskan satu kunci ingatan di mana hukum-hukum tajwid disusun dalam satu lirik nyanyian. Dengan nyanyian ini, boleh meningkatkan tahap kefahaman dan mempercepatkan penghafalan dan pengingatan hukum-hukum tajwid yang terdapat dalam al-Quran itu sendiri.

Kaedah ini diajar oleh guru-guru yang telah melalui latihan IPaQ dimana para pelajar boleh menguasai kaedah dalam tempoh 17 jam sahaja.

PEMBELAJARAN TERJEMAHAN AL-QURAN : KAEDAH SICEKAP (Sistematik- Cepat-Kerap)

Satu lagi Program Pembelajaran Al-Quran yang bakal diperkenalkan oleh IPaQ ialah kaedah yang memudahkan pemahaman terjemahan ayat-ayat al-Quran melalui pendekatan yang sistematik dan mudah diingatkan, walau pun tidak faham Bahasa Arab..

Kaedah yang semasa ini di kenali sebagai Sicekap, merupakan satu kaedah pembelajaran yang berasal daripada Indonesia, yang disusun oleh Ustaz Nur Ihsan Muhammad Idris adalah suatu ilmu yang menterjemahkan ayat-ayat al-Quran dengan mudah dan cepat. Antara pendekatan Kaedah ini ialah ia membahagikan perkataan-perkataan dalam al-Quran mengikut warna-warna yang berbeza mengikut tahap kesukaran. Ia dibantu beberapa tatacara lain.

Kumpulan sasaran untuk mempelajari Sicekap ialah individu yang sudah boleh membaca al-Quran. Kaedah ini memudahkan mereka telah mampu membaca al-Quran tetapi tidak boleh untuk memahami maksud-maksud ayat al-Quran. Melalui Sicekap mereka boleh membaca sambil memahami ayat-ayat bagi memudahkan pemahaman dan penghayatan al-Quran.

PROGRAM  SURAH AL-FATIHAH

Pemahaman pembacaan dan pengertian Surah Al-Fatihah adalah satu program utama yang dilaksanakan oleh IPaQ melalui Bengkel atau Seminar Al-Fatihah.

Program ini dirangka dan dikendalikan oleh Mursyid IPaQ, Ustaz Wan Ainuddin Hilmi Abdullah. Beliau merupakan Johan Qari Tilawah al-Quran Kebangsaan dan  Antarabangsa  pada tahun 2016. Sebelum dari ini pada tahun-tahun  2010 dan 2015, beliau pernah menyandang gelaran Johan Qari Tilawah Kebangsaan dan Naib Johan Antarabangsa disamping beberapa kejohanan di luar negara.

Objektif program adalah bertujuan untuk membantu pembetulan bacaan Al-Fatihah disamping memahami pelbagai aspek berkenaan surah Al-Fatihah bagi meningkatkan pemahaman dan penghayatan surah paling agung di dalam al-Quran. Ini adalah kerana Al-Fatihah adalah surah yang wajib dibaca dengan sebutan betul dalam solat. Al-Fatihah merupakan surah yang bukan sahaja lazim dibaca tetapi mempunyai pelbagai fadhilat untuk diamalkan dalam kehidupan.

IPaQ melaksanakan program ini melalui beberapa pendekatan :

  1. Seminar,
  2. Bengkel
  3. Kelas bersiri dan bersanad

Para peserta akan dibekalkan Buku Pedoman Penting Mengenali Surah al-Fatihah yang diusahakan oleh Ustaz Wan Ainuddin sendiri.

PROGRAM TAHSIN

IPaQ juga melaksanakan kelas Tahsin al-Quran sebagai satu usaha untuk membantu mereka yang mahu memperbaiki bacaan al-Quran dengan betul dari sudut sebutan,makhraj dan tajwid di bawah bimbingan guru. Para peserta juga boleh ditingkatkan pemahaman bacaan melalui pendekatan bertalaqi secara perseorangan dengan bimbingan guru yang bertauliah.

Program Tahsin IPaQ terbuka kepada peserta perseorangan atau kumpulan sehingga khatam al-Quran

Yuran Kelas Tahsin

BIL. JUMLAH PELAJAR HARGA (per JAM) HARGA (SEBULAN/8 JAM)
1. SEORANG INDIVIDU RM 32.00 RM 250.00
2. DUA ORANG RM 25.00 RM 200.00
3. TIGA ORANG KEATAS RM 23.00 RM 180.00

PROGRAM KELAS TARANNUM

IPaQ juga menawarkan kelas bimbingan Tarannum bagi mereka yang berminat untuk mendalami ilmu bacaan-bacaan taranum dan memperindahkan bacaan dari aspek nada, rentak dan irama tertentu.

Program tarannum terbuka kepada mereka yang berminat untuk mempelajari al-Quran dengan lebih dalam dan menghayati kesenian ilmu al-Quran.Para pelajar mestilah sudah mempunyai kemahiran  tahsin dan tajwid. Kelas tarannum akan diajar oleh guru-guru yang bertauliah dan berpengalaman dalam bidang tarannum, merangkumi semua jenis tarannum melalui teori dan praktikal.

PROGRAM TADABBUR AL-QURAN

Tadabbur merupakan suatu program IPaQ untuk peserta yang mahu menghayati dan memahami maksud al-Quran dengan lebih mendalam untuk pengaplikasian dalam kehidupan bagi bekalan akhirat.

Program Tadabbur memokus kepada pemahaman makna-makna dan pengajaran dalam ayat-ayat al-Quran. Pelajar boleh menghayati nilai-nilai Islam melalui nasihat-nasihat, perintah-perintah serta ibrah yang terkandung di dalam kitab suci.

Program ini akan dipandu oleh guru yang mahir dengan tafsir al-Quran.