Prasarana

1.0 PEMBANGUNAN

Sebagai sebahagian dari usaha untuk membangun dan mengembangkan pembelajaran dan pengajian ilmu al-Quran, IPaQ telah mengasaskan penubuhan dua entiti pengkalan Pembangunan dan Pengembangan ilmu al-Quran:

 

  • Akademi al-Quran Malaysia (Al Qalam) :

Al-Qalam yang pertama telah dibangunkan di Petaling Jaya. Ini akan menjadi Pusat dan Urusetia perancangan dan pelaksanaan program-program IPaQ..Adalah direncanakan IPaQ akan membangunkan satu Al-Qalam di tiap-tiap negeri .

 

  • Akademi Al-Quran Masyarakat : AQWAM

Dalam jangka pertengahan dan panjang insyaAllah IPaQ akan membangunkan pusat-pusat mengaji komuniti atau AQWAM di daerah-daerah pilihan seluruh negara.

AQWAM diharap akan berperanan menjadi pemangkin usaha pembasmian buta huruf al-Quran dikalangan masyarakat, disamping menggerakkan usaha membudayakan Al-Quran dalam komuniti.

 

  • Kelas –kelas mengaji

Peserta yang menjalani Latihan Tenaga Pengajar berpeluang membuka kelas secara persendirian atau secara kerjasama dengan IPaQ. Ipaq berperanan untuk memantau perlaksanaan dan pematuhan piawaian pengajaran dan pembelajaran.

 

2.0 RANCANGAN PENUBUHAN AKADEMI QARI & QARIAH

IPaQ sedang merancang menubuhkan satu Akademi untuk melahirkan qari-qari dan qariah-qariah di kalangan mereka yang berminat untuk meningkatkan mutu dan pencapaian pembacaan al-Quran ke peringkat tertinggi.

Usaha ini adalah diasaskan kepada hasrat dan niat MURSYID IPAQ, Ustaz Wan Ainuddin Hilmi Abdullah untuk membantu membimbing, mengajar dan membangunkan anak-anak muda sebagai pelapis barisan qari-qariah semasa. IPaQ mahu manfaatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Ustaz Wan Ainuddin melalui satu kursus tersusun, bersilibus yang komprehensif meliputi kurikulum dan pedagogi yang mampu melahirkan qari-qariah yang menepati pencapaian beliau sendiri.  

Pembangunan akademi sedang disusun dan insha Allah akan diumumkan pelancaran dalam waktu terdekat.

 

3.0 PRODUK-PRODUK :

IPaQ juga bertanggung-jawab untuk menerbitkan bahan-bahan percetakan sebagai sebahagian dari usaha membantu dalam pembelajaran dan pengajaran ilmu al-Quran:

a) Buku Abahata:

Buku-buku yang mengandungi 5 jilid termasuk satu Buku Latihan untuk membantu pembelajaran. Ia diterbitkan dalam dua versi yang satu mengikut percetakan biasa sementara yang kedua mempunyai teknologi audio

b) Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran (RPP):

Ini adalah buku panduan untuk membantu para pembimbing dan tenaga pengajar Abahata melaksanakan isi dan jadual pengajaran untuk Abahata.

c) Buku Pedoman Penting Mengenali Surah Al-Fatihah:

Ini adalah hasil karya Ustaz Wan Ainuddin Hilmi bin Abdullah mengandungi panduan pembacaan secara betul dan pemahaman Ummul Kitab Al-Fatihah.

d) Al-Quran Audio:

IPaQ telah bergabung tenaga dengan Syarikat Syaqira Technologies, untuk menerbitkan Al-Quran per kata, berwarna, bertajwid dengan teknologi audio. Usaha ini telah dijayakan dengan bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

e)  Alat Bantu Mengajar (ABM)

IPaQ dalam usaha mempermudahkan urusan para pembimbing untuk mengajar dalam pembelajaran yang lebih berkesan telah menerbitkan beberapa ABM. Antaranya ialah Flip-Chart Titian Ingatan yang beraudio, bahan-bahan mengajar dan lain-lain.

f) Buku-Buku Penulisan Sarjanawan:

IPaQ juga melaksanakan peranan untuk meluaskan pengedaran buku-    buku hasil karya sarjanawan yang teriktiraf. Buat masa ini IPaQ telah diberi mandat untuk mengedarkan buku-buku hasil penulisan  Prof Dato’ Dr. Zulkifli Bin Mohd Yusof, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IPaQ, iaitu seorang sarjanawan Islam yang di iktiraf di negara-negar dunia Islam dan seorang pakar dibidang ilmu berkaitan Al-Qur’an.