Perutusan

gambar-dato

Prof Dato’ Dr Zulkifli Bin Mohd Yusof.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IPaQ

Assalamua’laikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Selawat dan Salam ke atas Nabi junjungan mulia, para keluarga dan sahabat Baginda. Salam sejahtera juga buat para pengunjung laman sesawang ini, didoakan semoga Allah sentiasa merahmati  setiap langkah kehidupan kita.

Penubuhan IPaQ adalah bertujuan untuk membuat sumbangan bermakna terhadap pembudayaan pembacaan al-Quran di kalangan ummah. Sehubungan ini, satu fokus utama ialah berusaha untuk membantu membasmikan buta huruf al-Quran, yang diyakini masih meluas.

Selanjutnya, IPaQ adalah bertindak sebagai badan ibadah yang tidak bersendikan kepada ciri-ciri komersial. IPaQ bukan sekadar hanya bertindak untuk melaksanakan program-program membolehkan pembacaan al-Quran tetapi ia meliputi lima tahap: Pembelajaran, Pengajian, Pemahaman, Penghayatan dan Pengaplikasian ilmu al-Quran. Dalam hal ini, IPaQ akan membangun dan melaksanakan pelbagai program yang dinilai sesuai dan berkesan untuk mencapai matlamat bagi menjadikan ilmu al-Quran sebagai panduan hidup di dunia dan bekalan di akhirat.

Untuk melaksanakan program-program, IPaQ mengalu-alukan penyertaan para ilmuan dan sarjana al-Quran untuk bersama-sama membangunkan pengisian yang boleh mencapai matlamat. IPaQ juga mengalu alukan sumbangan para dermawan untuk memberi infak bagi menampung kos pembangunan dan pengembangan ilmu al-Quran ini.

Akhir kata, saya kongsikan hadis Nabi Muhammad SAW iaitu “ sebaik-baik dalam kalangan kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”. Oleh itu, marilah bersama-sama memartabatkan ilmu al-Quran.

 

Salam terima kasih penuh kesyukuran.

Prof Dato’ Dr Zulkifli Bin Mohd Yusof.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IPaQ