Latihan Tenaga Pengajar (LTP)

Kursus Latihan Tenaga Pengajar (LTP) diadakan kepada sesiapa yang  berminat menjadi guru atau pembimbing untuk membantu membasmi buta huruf al-Quran.

      Tempoh Masa  : Program diadakan selama dua(2) hari sahaja

      Kelayakan        : Mereka yang boleh membaca Quran dengan asas tajwid

 

ISI PROGRAM KURSUS

i. Pengenalan kaedah Abahata.

ii. Modul Kursus:

  • Asas Pembelajaran ABAHATA: Titian Ingatan
  • Pedagogi Pengajaran: Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran (RPP)
  • Fasohah: Sebutan dan Makhraj
  • Kitabah: Menulis Rasm al-Quran (Khat pemangkin ingatan)
  • Micro-Teaching: Makmal Pengajaran

 

PERSIJILAN  

Peserta yang berjaya akan diberi:

  • Sijil Penyertaan Kursus LTP
  • Sijil Kelulusan Kursus LTP
  • Tauliah IPaQ Untuk membuka Kelas ABAHATA

 

KEKUATAN PROGRAM  

Tenaga Pengajar yang lulus dapat mengajar mereka yang buta huruf Quran, dari sifar ke tahap yang boleh membaca dengan asas tajwid dan menulis rasm al-Quran dalam tempoh hanya 20 hingga 30 jam.

CARA PEMBAYARAN ONLINE

PENTING: Pastikan anda sentiasa menyimpan rekod transaksi (resit jika cash deposit) atau print screen / pdf print butiran transaksi untuk rujukan dikemudian hari.

ARAHAN: Jika anda menggunakan Perbankan Online (Fund Transfer), sila pilih mode transfer (Instant Interbank Fund Transfer)

Langkah 1: Buat Pembayaran

Lakukan pembayaran dengan jumlah deposit RM100 ke akaun dibawah menggunakan kaedah Fund Transfer (Online) atau ATM Transfer atau Cash Deposit:

Akaun Bank Pemilik Akaun Nombor Akaun
Bank Islam Institut Pengajian Al-Quran 1204 – 7010 – 0528 – 37

Masukkan alamat email [email protected] untuk rujukan bagi perbankan online.

Langkah 2: Buat Pengesahan Pembayaran/Pendaftaran

Pastikan anda isi dengan lengkap dan betul. Paparan “Berjaya Daftar” akan terpapar sekiranya anda berjaya mendaftar.Jika tiada paparan tersebut, anda perlu mengisi borang dengan lengkap sekali lagi. Jika terdapat sebarang masalah, sila maklumkan kepada kami di [email protected] atau hubungi talian Ustazah Lyana 017-6278413 atau  Pentadbiran 03-7931 5329.

[]
1 Step 1
Daftar sebagai peserta Program Latihan Tenaga Pengajar (LTP)
Namenama penuh
no-icon
No. Kad Pengenalanterkini
no-icon
No. Telefon
no-icon
Alamatsurat menyurat
0 /
Jumlah Pembayaran (RM)min. deposit RM100
no-icon
Tarikh Pembayaranpilih tarikh pembayaran
date_range
Sertakan Resitbayaran deposit
cloud_uploadMuat naik
* Sila rujuk cara pembayaran di halaman ini sebelum membuat pendaftaran
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right
FormCraft - WordPress form builder

SYARAT PENYERTAAN

Peserta mesti mempunyai pengetahuan asas dalam al-Quran dan tajwid. Mempunyai keinginan untuk belajar dan mengajar.

Jumlah penyertaan adalah terhad kepada 30 orang peserta sahaja.

Yuran penyertaan adalah RM250. Makanan dan minuman peserta disediakan.

Baki pembayaran sebanyak RM150 hendaklah dibuat semasa hari pendaftaran di lokasi yang ditetapkan.

Tarikh tutup pendaftaran adalah tiga (3) hari sebelum tarikh program diadakan.

Peserta diwajibkan untuk menghadiri ke semua slot program LTP. Kehadiran dan penyertaan peserta akan dikira sebagai markah untuk lulus.

Program LTP menyediakan tiga (3) tahap sijil kepada para peserta yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Slot program akan dikendali oleh tenaga pengajar pakar dalam pengajian al-Quran, penulisan dan kaedah pengajaran.

Bagi peserta yang menarik diri seminggu sebelum program, deposit tidak akan dipulangkan oleh pihak IPaQ.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan juga kemusykilan berkaitan program, peserta boleh menghubungi talian 03-7931 5329 atau Ustazah Lyana 017-6278413