KURSUS PENGAJIAN AL-QURAN CARA PANTAS (KPQP)

1.0 LATAR BELAKANG

Usaha pemerkasaan pembelajaran al-Quran giat dijalankan bertujuan untuk membasmi golongan buta huruf al-Quran. Hal ini sama seperti yang dinyatakan dalam akhbar Utusan Malaysia (20 Mac 2014) bahawa masalah buta huruf al-Quran di negara ini agak membimbangkan kerana masih ramai umat Islam lemah dari segi bacaan tajwid yang betul dan tidak menyebut huruf hijai’yah dengan makhraj dan sebutan yang tepat.

Institut Pengajian al-Quran (IPaQ) merangka satu program Persijilan Kaedah Pembelajaran al-Quran yang menggabungkan pembelajaran dan pengajaran ABAHATA, Talaqqi Musyafahah, Taufiqi dan Tarannum.

 

2.0 OBJEKTIF

  • Menyediakan satu program pembelajaran asas al-Quran yang paling efektif dan berkesan.
  • Menyediakan program pembelajaran al-Quran secara bertalaqqi untuk membimbing para pelajar bermula asas huruf hijaiyah, asas tajwid dan asas penulisan.
  • Menyediakan program al-Quran yang lengkap dengan Kaedah Taufiqi (huraian nama-nama hukum tajwid)
  • Menyediakan program asas Tarannum.
  • Membantu untuk membolehkan pelajar-pelajar membaca  al-Quran secara bertajwid dan mengetahui asas tarannum.

 

3.0 TEMPAT DAN PERJALANAN KURSUS

Kelas diadakan di Bilik Seminar dan Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.  Kursus ini dijalankan secara kuliah yang disampaikan oleh guru ABAHATA IPaQ.

4.0 STRUKTUR PROGRAM KURSUS PENGAJIAN AL-QURAN CARA PANTAS (KPQP)

SEMESTER 1 

MODUL 1 (ABAHATA) MODUL 2 (TALAQQI)
Minggu 1 4 Jam
setiap SABTU
(9.00 pagi – 01.00 petang)
Minggu 1 4 Jam
setiap SABTU
(9.00 pagi – 01.00 petang)
Minggu 2 Minggu 2
Minggu 3 Minggu 3
Minggu 4 Minggu 4
Minggu 5 Minggu 5
Minggu 6 Minggu 6
Minggu 7 Minggu 7


SEMESTER 2 

MODUL 3 (TAUFIQI) MODUL 4 (TARANNUM)
Minggu 1 4 Jam
setiap SABTU
(9.00 pagi – 01.00 petang)
Minggu 1 4 Jam
setiap SABTU
(9.00 pagi – 01.00 petang)
Minggu 2 Minggu 2
Minggu 3 Minggu 3
Minggu 4 Minggu 4
Minggu 5 Minggu 5
Minggu 6 Minggu 6
Minggu 7 Minggu 7

SIJIL PENYERTAAN: Jumlah keseluruhan semester adalah 28 minggu. Peserta perlu menghadiri kelas sebanyak 80% atau 22 minggu untuk melayakkan diri mendapatkan sijil penyertaan.

SIJIL KELULUSAN: Peserta perlu lulus (markah lulus 40) dalam peperiksaan bagi kesemua subjek yang ditawarkan. 80% kehadiran perlu untuk melayakkan diri menduduki peperiksaan.

 

5.0 SYARAT KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berkelulusan SPM atau setaraf
  • Pertimbangan juga kepada yang tidak mempunyai kelulusan SPM, tetapi boleh membaca dan menulis.

 

6.0 YURAN PENGAJIAN

Yuran kursus setiap semester ialah RM750 sahaja. Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan jika peserta gagal mengikuti kursus atau sebarang sebab kecuali kursus dibatalkan oleh pihak penganjur.

 

7.0 SUBJEK YANG DITAWARKAN

Modul 1: Abahata. Objektif Pengajian :

  1. Pelajar akan mengingati Titian Ingatan (Huruf Hijaiyah yang disusun menjadi lagu)
  2. Pelajar akan boleh membaca huruf tunggal dan huruf sambung.
  3. Pelajar akan mengetahui bagaimana menulis huruf tunggal dan huruf sambung.
  4. Pelajar akan mengenal bacaan ayat pendek dan ayat panjang al-Qur’an.

Modul 2: Talaqqi. Objektif Pengajian :

  1. Pelajar boleh mengenal fungsi tajwid.
  2. Pelajar boleh membaca al-Quran dengan betul dari sudut tajwid.
  3. Pelajar boleh mempraktikkan bacaan surah-surah pilihan.

Modul 3: Taufiqi. Objektif Pengajian :

  1. Pelajar akan mempraktikkan hukum-hukum tajwid.
  2. Pelajar akan memperingati nama hukum tajwid
  3. Pelajar akan diberi pendedahan isi surah-surah pilihan dengan pembelajaran tadabbur.

Modul 4: Tarannum. Objektif Pengajian :

  1. Pelajar akan mempelajari konsep-konsep asas berkaitan Tarannum.
  2. Pelajar akan mengetahui pembahagian dan jenis-jenis Tarannum.
  3. Pelajar akan mempelajari dan mempraktikkan al-Quran secara Tarannum.

 

8.0 KELEBIHAN KURSUS

Boleh membaca Al-Quran dengan asas tajwid dan menulis rasm Al-Quran

  1. Dari dataran sifar (Buta Huruf Al-Quran)
  2. Dalam tempoh modul 1 (28 Jam / 7 minggu)

Boleh memahami hukum Tajwid dalam tempoh Modul ke-2 (28 jam / 7 minggu).

Membolehkan peningkatan pembacaan bertarannum.

Hanya perlu hadir setiap Sabtu (4 Jam)