Sudahkah anda mendaftar sebagai peserta ABAHATA? Apa tunggu lagi, daftarlah sekarang
PENGENALAN KAEDAH ABAHATA
Program pembelajaran al-Quran cara mudah, cepat dan berkesan yang berasaskan Al-Jabari. Kaedah ini merupakan kaedah yang diasaskan dari kaedah Al-Jabari berasal dari Bandung Jawa Barat Indonesia. Dibangunkan oleh Drs Yusuf Sodik, seorang pendidik agama dan al-Quran dan dikembangkan oleh Yayasan Pendidikan Al-Jabari Indonesia. Kaedah ini telah diuji dan dinilai keberkesanan oleh Pusat Penyelidikan Al-Quran Universiti Malaya (CQR). Kaedah ini juga telah dimanfaatkan oleh pelbagai kumpulan sasaran di Indonesia dan Malaysia.
Pengiktirafan
- Telah diiktiraf oleh Jabatan Agama Indonesia
- Digunakan sebagai sebahagian dari silabus pendidikan Indonesia
- Keberkesanan diperakukan oleh Pusat Penyelidikan Al-Quran (Centre of Quranic Research University Malaya)
- Terbukti keberkesanan kaedah untuk insan istimewa autistik dibawah Yayasan Faqih Malaysia
ABAHATA adalah satu kaedah mempelajari al-Quran dalam ruang lingkup masa yang terhad. Ia adalah:
- Mudah
- Cepat
- Menyeronokkan
- Efisyen dan berkesan
- Terbukti berkesan
CIRI – CIRI KAEDAH
Tiga komponen utama adalah BACA, TULIS dan ASAS-ASAS Tajwid. Kaedah ini juga menggunakan pendekatan Pedagogi iaitu:
- Berasaskan Proses Pembelajaran Semulajadi (Natural Learning Process)
- Menepati Teori Pembelajaran (Learning Theory)
- Fun and Active Learning
Metodologi pembantu daya memori:
- Titian Ingatan
- Pergerakan Tangan: Pemahaman baris
- Penulisan Gaya Kaligrafi